About Me

My photo
No Matrik UPSI: D20102042539, No IC: 681005-10-5132

Lagu


Saturday, 3 December 2011

Penyediaan Ruang Di Pra-Sekolah



PENGENALAN
Dalam pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan , pengurusan ruang adalah satu perkara yang penting dalam melaksankan pengajaran dan pembelajaran di kelas . . DAlam penyediaan aktiviti , guru perlu mengambilkira ruang dan pusat pembelajaran khusunya untuk menyediakan aktiviti kelas dan kumpulan . Dalam menjalankan aktiviti , murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang yang disediakan perlulah lengkap dan kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid .
Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah . Ruang ini merangkumi :
a.       Ruang pengajaran dan pembelajaran
b.      Ruang luar kelas
c.       Ruang dapur
d.      Ruang bilik air




     PUSAT-PUSAT PEMBELAJARAN
A)    PUSAT BAHASA DAN KOMUNIKASI
(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

Pusat Bahasa dan komunikasi diwujudka untuk membolehkan muid;

-          Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
-          Mempertingkatkan interaksi dengan bahan ( gambar , bahan maujud , carta , model , bahan cetakan dan lain-lain)
-          Menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata ,
-          Memupuk sikap sayangkan bahan bacaan
-          Menanam minat membaca
-          Mengembangkan kemahiran membaca dan menulis
-          Membina keyakinan diri .

 Pusat Bahasa dan Komunikasi

B)    PUSAT KEROHANIAN DAN MORAL

Pusat Kerohanian dan Moral menyediakan persekitaran yang membolehkan murid :

-          Memupuk semangat cintakan agama
-          Memupuk nilai dan akhlak yang baik
-          Menyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alam
-          Memupuk seamangat cintakan Negara .

Pusat Kerohanian dan Moral terdiri daripada dua jenis ruang , iaitu Ruang Pendiikan Agama     Islam dan Ruang Pendidikan Moral.
Ruang Pendidikan Agama Islam 
Tujuan diwujudkan pusat ini adalah untuk :
-          Memupuk semangat cintakan agama dan perpaduan
-          Memupuk nilai dan akhlak yang baik .
-          Menyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alam


C)    PUSAT KOGNITIF
(Asas Sains dan Matematik)
Pusat kognitif embantu menyediakan situasi pembelajaran yang bertujuan untuk :
-          Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang proses sains dan matematik
-          Meningkatkan pengetahuan tentang konsep pranombor , asas nombor dan asas sains
-          Meningkatkan kemahiran proses sains seperti membuat pemerhatian , pengelasan, perbandingan dan menjalankan ekperimen.
-          Meningkatkan kemahiran berfikir dan proses sains seperti seperti :

Ø  Memerhati
Ø  Mengelas
Ø  Menyelesaikan masalah
Ø  Menjalankan eksperimen
Ø  Membuat ramalan

Pusat Kognitif

D)    PUSAT KREATIVITI DAN ESTETIKA
(Pendidikan seni dan Pendidikan Muzik)

Susun atur dan peralatan serta bahan dalam pusat ini membolehkan murid :
-          Mengecam danmembezakan pelbagai bunyi seperti bunyi haiwan , bunyi alam semula jadi dan bunyi alat muzik.
-          Menikmati muzik melaui :
Ø  Alat muzik/genderang
Ø  Alat ciptaan sendiri
Ø  Alam sekitar
-                          Melahirkan dan meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi
-                          Menjalankan penerokaan pelbagai bahan semulajadi dan kitar semula
-                          Menjalankan penerokaan konsep tekstur , saiz , warna dan bentuk .
-                          Menghasilkan sesuatu rekaan atau ciptaan pelbagai bahan .

Pusat Kreativiti dan Estetika

E)     PUSAT TEKNOLOGI
  Pusat ini diwujudkan bagi membolehkan muri:
1.                      Menggunakan pelbagai peralatan teknologi
2.                      Memperolehi maklumat
3.                      Berinteraksi dengan bahan teknologi untuk belajar mengikut kemampuan sendiri
4.                      Memperkaya pengalaman pembelajaran.

Pusat teknologi

F)     PUSAT MANIPULATIF
 Pusat ini diwujudkan bagi membolehkan murid:
1.                    Meninngkatkan koordinasi motor halus
2.                    Menumpukan aperhatian dan meningkatkan ketekunan
3.                    Menggunakan kemahiran baerfikir bagi menyelesaikan masalah
4.                    Melahirkan imaginasi dan kreativiti



G)   PUSAT MAIN PERANAN
       Pusat main  peranan boleh diwujudkaaan di ruang dalam kelas.aktiviti main peranan yang dijalankan         
       membolehkan murid:

1.      Menjalankan aktiviti sendiri
2.      Berinteraksi dan berkomunikasi
3.      Mengalami suasana seperti rumah, klinik kedai dan lain-lain
4.      Melahirkan emosi, minat dan bakat.
5.      Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman
6.      Memupuk nilai murni
7.      Melahirkan semangat perpaduan anatara kaum


RUANG  DAPUR

Ruang dapur tebahagi dua:
a)Ruang penyediaan makanan
-aktiviti memasak
-Aktiviti mencuci peralatan
-Bimbingan kepada murid untuk menyediakan makanan dan minuman
-Bimbingan kepada muarid mengemas peralatan dapur


b.Ruang makan
- Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid.
  1.      Makan di tempat yang disediakan
  2.      Dibimbing cara menghidang makanan dan minuman
  3.      Dibimbing cara mengemas ruang makan




RUANG BILIK AIR


(Tandas lelaki dan perempuan)
Ruangbilik air diwujudkan bagi membolehkan murid:
1.      Mengamalkan kebersihan diri dengan betul
2.      Mengamalkan kebersihan tandas sebelum dan selepas digunakan.
3.      Mengetahui catra menggunakan air secara berkhemah.






 Tandas di dalam bilik prasekolah


RUANG LUAR KELAS                      
                          
A. RUANG BERKEBUN




B. RUANG PERMAINAN LUAR
Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid:
1.      Meningkatkan kemahiran motor kasar
2.      Mendisiplinkan diri semasa menggunakannya
3.      Menjadi prihatin kepada aspek keselamatan

Permainan Luar

Friday, 11 November 2011

Sehari di Pra Sekolah

PENGENDALIAN KELAS SEHARI

Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah adalah pada kadar sekurang-kurangnya tiga jam sehari , atau 15 jam seminggu. Tempoh ini mengambil peruntukan masa yang telah ditetapkan dalam seksyen 17 dan 23, Aakta Pendidikan 1996.

KETIBAAN MURID
Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak mereka lebih awal ke sekolah sebelum waktu kelas bermula. Guru dan Pembantu Pengurusan Murid bersedia menerima murid denghan melakukan perkara tersebut.
- Menyambut ketibaaan murid ?ibu bapa dengan mesra dan senyuman.
- Memberi salam
- Meminta murid mengawal murid menyusun kasut di rak.
- Merekod kedatangan murid
- Memberi kebebasan kepada murid untuk memilih aktivitinya sendiri atau menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai dalam kelas.
- 5-10 minit sebelum kelas bermula, guru perlu mengarahkan murid mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan.

                                                Ketibaan murid disambut oleh guru



RUTIN PAGI
Rutin bermaksud aktiviti yang dilakukan setiap hari seperti
-Murid minum susu yang tekah disediakan
-Murid berbaris atau duduk untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran
-Murid membaca doa.
-Guru mengambil kedatangan murid
-Murid menguruskan diri (bersikat, membetulkan pakaian)
-Guru memeriksa kebersihan murid.


PERBUALAN PAGI
Murid duduk di sekeliling atau di depan guru dalam aktiviti ini. Perbualan pagi boleh berlaku dalam bentuk ‘circle time’. Tujuan aktiviti ini adalah agar :
- Murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru,
- Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.
- Guru menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di dalam dan luar kelas.
- Guru mengumumkan Hari Jadi murid pada hari tersebut.

                             
                                                 Perbualan pagi di ruang circle time


PERMAINAN LUAR
Permainan luar dijalankan dijalankan di luar kelas. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor kasar murid dan pengalaman murid penerokaan ruang murid . Di samping itu , melalui aktiviti ini , keprihatinan murid terhadap aspek keselamatan , kesihatan dapat dibina dan kepekaan kepada persekitaran dapat ditingkatkan ,





REHAT
Muridperlu berehat selepas menjalankan aktiviti yang aktif. Aktiviti rehat merupakan rutin harian dan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran . Makanan dan minuman diberi semasa rehat . Pemakanan merupakan satu proses fisiologi yang perlu diambil berat di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Makanan yang diberi haruslah berkhasiat.
Guru hendaklah menyediakan jadual tugasan murid untuk membantu Pembantu Pengurusan Murid menghidang makanan dan mengemas peralatan yang telah digunakan . Rutin yang dijalankan oleh murid semasa rehat adalah seperti berikut :
- Menghidang makanan.
- Basuh tangan sebelum dan selepas makan .
- Membaca doa sebelum dan selepas makan .
- Menikmati makanan berkhasiat dan seimbang.
- Mengemas meja dan menghantar bekas makanan ke dapur / sinki selepas makan .
- Menggosok gigi elepas makan .
- Berehat dengan melakukan aktiviti secara bebas di pusat-pusat pembelajaran seperti membaca , mendengar muzik atau berbaring .



Bacaan doa sebelum dan selepas makan



Menggosok gigi selepas makan



AKTIVITI KELAS
Semasa aktiviti kelas , semua murid menjalankan aktiviti yang sama . Aktiviti kelas boleh dikendalikan melalui kaedah aktiviti kumpulan atau aktiviti individu .Aktiviti ini boleh dilaksanakan di dalam atau di luar kelas .

Aktiviti semasa aktiviti kelas termasuk .

- Muzik dan gerakan.
- Nyanyian .
- Lawatan .
- Aktiviti fizikal .
- Gotong-royong.
- Berkebun.


Aktiviti kelas secara individu

Aktiviti kelas secara berkumpulan

AKTIVITI PENAMAT
Aktiviti penamat adalah penting di mana guru membimbing murid membuat refleksi mengenai pembelajaran pada hari itu . Guru juga mengambil peluang ini untuk mengukuhkan apa yang dipelajari pada hari itu .
Refleksi dan pengukuhan boleh dikendalikan melaui kaedah berikut:
- Soaljawab.
- Menyanyi.
- Teka-teki.
- Pameran dan menilai hasil kerja murid.


Murid membuat barisan dan mengucapkan selamat pulang kepada guru dan pembantu

Aktiviti  lain yang boleh dijalankan semasa Aktiviti Penamat adalah seperti berikut:
- Guru meminta murid menyimpan peralatan yang digunakan .
- Murid memberikan ruang kelas dan pusat pembelajaran.
- Guru menyampaikan pesanan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya .
- Guru member hasil kerja , memo , resit atau surat .
- Murid membuat barisan , membaca doa dan mengucapkan selamat pulang pada guru dan pembantu .
- Pembantu Pengurusan Murid atau guru hendaklah menghantar murid sehingga di jemput ibu bapa/ penjaga .