About Me

My photo
No Matrik UPSI: D20102042539, No IC: 681005-10-5132

Lagu


Saturday 22 October 2011

12 Perkataan KVK KV

12 perkataan kvk kv

Permainan Pra Sekolah

CARA MENGATASI PERMASALAHAN MURID DI KELAS




Permasalahan ini sentiasa berlaku, bukan sahaja kepada guru berpengalaman malah guru yang baru sahaja menerokai bidang pendidikan ini juga turut hadapi permasalahan tersebut.  Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Dengan itu, guru berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Bagi mengatasi permasalahan sistem teknologi kearah pendidikan didalam kelas, guru perlu memainkan peranan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Diantaranya,





3.1 Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai

Pendedahan terhadap teknologi penting, kepada pelajar untuk membentuk pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.

Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.


3.2 Peranan kerajaan dan guru terhadap golongan kawasan pedalaman

 Kerajaan dan juga kementerian pendidikan telah melaksana pengagihan komputer riba kepada sekolah-sekolah pedalaman yang terpilih untuk menikmati ilmu teknologi tersebut. Bukan itu sahaja, usaha guru-guru juga perlu di titik beratkan dimana guru-guru berusaha untuk membanteras buta IT dikalangan pelajar khususnya dikawasan pedalaman dan juga golongan yang miskin.

Di Berita Burnama, pada 28 Ogos 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengagihkan 123,000 netbook kepada pelajar yang berkelayakan untuk menerimanya. Dengan adanya galakan lonjakan paradigmama kepada para pelajar, peranan guru penting untuk membentuk celik IT dikalangan para pelajar di bilik darjah. Dimana semangat dan pembaharuan yang diberikan guru-guru memberikan pembaharuan kepada para pelajar didalam suasana pembelajaran yang positif kepada para pelajar.


3.3 Pelbagaikan Aktiviti kepada Para Pelajar.

Suasana pembelajaran penting kerana ianya mempengaruhi emosi dan pemikiran para pelajar agar para pelajar tidak rasa jemu dan bosan. Perasaan tidak minat berlaku kepada para pelajar perlu di bendung dengan perbanyakkan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik.

Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Guru-guru yang dihantar oleh kementerian untuk mendidik para pelajar telah dipilih dengan baik untuk diberi pembelajaran kepada para pelajar. Khusus-khusus insentif perlu diadakan kepada guru-guru untuk mengatasi masalah para pelajar. Kadangkala jika ada guru segelintar guru tidak berkemahiran dalam bidang IT. Ianya perlu di beri penekanan didalam hal ini, bagi membentuk pelajar yang berkemahiran dan celik IT.

KENALPASTI MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH



Didalam globalisasi ini, pelbagai teknologi digunakan didalam menghasilkan sistem pendidikan berjalan dengan lancar didalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Namun didalam melaksanakannya pelbagai permasalahan yang perlu dihadapi oleh pendidik didalam merealisasikan saranan kementerian mahupun kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan mencapai visi dan misi pendidikan akan terlaksana.

Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik.  Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.  Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P. Diantara permasalahan pengajaran didalam bilik darjah adalah seperti berikut:

2.1 Kurang Pendedahan Terhadap Teknologi

Antara permasalahan yang dikenalpasti dalam pengajaran di bilik darjah adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang berpengetahuan didalam satu topik yang diajar dengan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Kebanyakan permasalahan ini berlaku pada sekolah-sekolah di luar bandar dimana, pendedahan yang kurang terhadap teknologi menyebabkan pelajar-pelajar tersebut ketinggalan didalam mengharungi arus teknologi dan globalisasi pada masa kini.

2.2 Kawasan Pendalaman

Kawasan pendalaman salah satu permasalahan untuk mendapat input mengenai teknologi disebabkan dalam beberapa faktor. Diantaranya,bekalan elektrik tidak dapat dikawasan pendalaman, dan ini menyebabkan disekolah tersebut tidak mempunyai komputer atau makmal komputer untuk digunakan. Dengan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat mempelajari proses P&P didalam teknologi pada masa kini.

2.3 Para Pelajar Kurang Berminat Terhadap Teknologi Pada Masa Kini.

 Dengan permasalahan itu, menyebabkan para pelajar menjadi kurang berminat untuk menerokai ilmu didalam teknologi sekarang. Apabila berlakunya permasalahan tersebut impak amat buruk kepada pelajar dimana para pelajar akan kurang untuk membuat latihan. Ini disebabkan oleh juga sebilangan guru-guru kurang berkemahiran didalam bidang perkomputeran dan dengan sebabkan itu memberikan kesan terhadap para pelajar untuk mempelajarinya.

Teknik Pengajaran Terbaik Murid Prasekolah

Teknik Pengajaran Terbaik Murid Prasekolah

Friday 21 October 2011

Kelas Pra Sekolah




Suasana kelas yang kondusif dan berwarna-warni dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Pengenalan


Saya Pn Maslinah bt Misdi mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke blog saya untuk kita kongsikan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sepanjang karier saya sebagai guru pra sekolah.