Permasalahan ini sentiasa berlaku, bukan sahaja kepada guru berpengalaman malah guru yang baru sahaja menerokai bidang pendidikan ini juga turut hadapi permasalahan tersebut. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Dengan itu, guru berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Bagi mengatasi permasalahan sistem teknologi kearah pendidikan didalam kelas, guru perlu memainkan peranan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Diantaranya,
3.1 Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai
Pendedahan terhadap teknologi penting, kepada pelajar untuk membentuk pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.
Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
3.2 Peranan kerajaan dan guru terhadap golongan kawasan pedalaman
Kerajaan dan juga kementerian pendidikan telah melaksana pengagihan komputer riba kepada sekolah-sekolah pedalaman yang terpilih untuk menikmati ilmu teknologi tersebut. Bukan itu sahaja, usaha guru-guru juga perlu di titik beratkan dimana guru-guru berusaha untuk membanteras buta IT dikalangan pelajar khususnya dikawasan pedalaman dan juga golongan yang miskin.
Di Berita Burnama, pada 28 Ogos 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengagihkan 123,000 netbook kepada pelajar yang berkelayakan untuk menerimanya. Dengan adanya galakan lonjakan paradigmama kepada para pelajar, peranan guru penting untuk membentuk celik IT dikalangan para pelajar di bilik darjah. Dimana semangat dan pembaharuan yang diberikan guru-guru memberikan pembaharuan kepada para pelajar didalam suasana pembelajaran yang positif kepada para pelajar.
3.3 Pelbagaikan Aktiviti kepada Para Pelajar.
Suasana pembelajaran penting kerana ianya mempengaruhi emosi dan pemikiran para pelajar agar para pelajar tidak rasa jemu dan bosan. Perasaan tidak minat berlaku kepada para pelajar perlu di bendung dengan perbanyakkan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik.
Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Guru-guru yang dihantar oleh kementerian untuk mendidik para pelajar telah dipilih dengan baik untuk diberi pembelajaran kepada para pelajar. Khusus-khusus insentif perlu diadakan kepada guru-guru untuk mengatasi masalah para pelajar. Kadangkala jika ada guru segelintar guru tidak berkemahiran dalam bidang IT. Ianya perlu di beri penekanan didalam hal ini, bagi membentuk pelajar yang berkemahiran dan celik IT.
No comments:
Post a Comment