Didalam globalisasi ini, pelbagai teknologi digunakan didalam menghasilkan sistem pendidikan berjalan dengan lancar didalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Namun didalam melaksanakannya pelbagai permasalahan yang perlu dihadapi oleh pendidik didalam merealisasikan saranan kementerian mahupun kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan mencapai visi dan misi pendidikan akan terlaksana.
Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik. Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P. Diantara permasalahan pengajaran didalam bilik darjah adalah seperti berikut:
2.1 Kurang Pendedahan Terhadap Teknologi
Antara permasalahan yang dikenalpasti dalam pengajaran di bilik darjah adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang berpengetahuan didalam satu topik yang diajar dengan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Kebanyakan permasalahan ini berlaku pada sekolah-sekolah di luar bandar dimana, pendedahan yang kurang terhadap teknologi menyebabkan pelajar-pelajar tersebut ketinggalan didalam mengharungi arus teknologi dan globalisasi pada masa kini.
2.2 Kawasan Pendalaman
Kawasan pendalaman salah satu permasalahan untuk mendapat input mengenai teknologi disebabkan dalam beberapa faktor. Diantaranya,bekalan elektrik tidak dapat dikawasan pendalaman, dan ini menyebabkan disekolah tersebut tidak mempunyai komputer atau makmal komputer untuk digunakan. Dengan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat mempelajari proses P&P didalam teknologi pada masa kini.
2.3 Para Pelajar Kurang Berminat Terhadap Teknologi Pada Masa Kini.
Dengan permasalahan itu, menyebabkan para pelajar menjadi kurang berminat untuk menerokai ilmu didalam teknologi sekarang. Apabila berlakunya permasalahan tersebut impak amat buruk kepada pelajar dimana para pelajar akan kurang untuk membuat latihan. Ini disebabkan oleh juga sebilangan guru-guru kurang berkemahiran didalam bidang perkomputeran dan dengan sebabkan itu memberikan kesan terhadap para pelajar untuk mempelajarinya.
No comments:
Post a Comment