About Me

My photo
No Matrik UPSI: D20102042539, No IC: 681005-10-5132

Lagu


Friday, 11 November 2011

Sehari di Pra Sekolah

PENGENDALIAN KELAS SEHARI

Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah adalah pada kadar sekurang-kurangnya tiga jam sehari , atau 15 jam seminggu. Tempoh ini mengambil peruntukan masa yang telah ditetapkan dalam seksyen 17 dan 23, Aakta Pendidikan 1996.

KETIBAAN MURID
Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak mereka lebih awal ke sekolah sebelum waktu kelas bermula. Guru dan Pembantu Pengurusan Murid bersedia menerima murid denghan melakukan perkara tersebut.
- Menyambut ketibaaan murid ?ibu bapa dengan mesra dan senyuman.
- Memberi salam
- Meminta murid mengawal murid menyusun kasut di rak.
- Merekod kedatangan murid
- Memberi kebebasan kepada murid untuk memilih aktivitinya sendiri atau menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai dalam kelas.
- 5-10 minit sebelum kelas bermula, guru perlu mengarahkan murid mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan.

                                                Ketibaan murid disambut oleh guru



RUTIN PAGI
Rutin bermaksud aktiviti yang dilakukan setiap hari seperti
-Murid minum susu yang tekah disediakan
-Murid berbaris atau duduk untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran
-Murid membaca doa.
-Guru mengambil kedatangan murid
-Murid menguruskan diri (bersikat, membetulkan pakaian)
-Guru memeriksa kebersihan murid.


PERBUALAN PAGI
Murid duduk di sekeliling atau di depan guru dalam aktiviti ini. Perbualan pagi boleh berlaku dalam bentuk ‘circle time’. Tujuan aktiviti ini adalah agar :
- Murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru,
- Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.
- Guru menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di dalam dan luar kelas.
- Guru mengumumkan Hari Jadi murid pada hari tersebut.

                             
                                                 Perbualan pagi di ruang circle time


PERMAINAN LUAR
Permainan luar dijalankan dijalankan di luar kelas. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor kasar murid dan pengalaman murid penerokaan ruang murid . Di samping itu , melalui aktiviti ini , keprihatinan murid terhadap aspek keselamatan , kesihatan dapat dibina dan kepekaan kepada persekitaran dapat ditingkatkan ,





REHAT
Muridperlu berehat selepas menjalankan aktiviti yang aktif. Aktiviti rehat merupakan rutin harian dan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran . Makanan dan minuman diberi semasa rehat . Pemakanan merupakan satu proses fisiologi yang perlu diambil berat di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Makanan yang diberi haruslah berkhasiat.
Guru hendaklah menyediakan jadual tugasan murid untuk membantu Pembantu Pengurusan Murid menghidang makanan dan mengemas peralatan yang telah digunakan . Rutin yang dijalankan oleh murid semasa rehat adalah seperti berikut :
- Menghidang makanan.
- Basuh tangan sebelum dan selepas makan .
- Membaca doa sebelum dan selepas makan .
- Menikmati makanan berkhasiat dan seimbang.
- Mengemas meja dan menghantar bekas makanan ke dapur / sinki selepas makan .
- Menggosok gigi elepas makan .
- Berehat dengan melakukan aktiviti secara bebas di pusat-pusat pembelajaran seperti membaca , mendengar muzik atau berbaring .



Bacaan doa sebelum dan selepas makan



Menggosok gigi selepas makan



AKTIVITI KELAS
Semasa aktiviti kelas , semua murid menjalankan aktiviti yang sama . Aktiviti kelas boleh dikendalikan melalui kaedah aktiviti kumpulan atau aktiviti individu .Aktiviti ini boleh dilaksanakan di dalam atau di luar kelas .

Aktiviti semasa aktiviti kelas termasuk .

- Muzik dan gerakan.
- Nyanyian .
- Lawatan .
- Aktiviti fizikal .
- Gotong-royong.
- Berkebun.


Aktiviti kelas secara individu

Aktiviti kelas secara berkumpulan

AKTIVITI PENAMAT
Aktiviti penamat adalah penting di mana guru membimbing murid membuat refleksi mengenai pembelajaran pada hari itu . Guru juga mengambil peluang ini untuk mengukuhkan apa yang dipelajari pada hari itu .
Refleksi dan pengukuhan boleh dikendalikan melaui kaedah berikut:
- Soaljawab.
- Menyanyi.
- Teka-teki.
- Pameran dan menilai hasil kerja murid.


Murid membuat barisan dan mengucapkan selamat pulang kepada guru dan pembantu

Aktiviti  lain yang boleh dijalankan semasa Aktiviti Penamat adalah seperti berikut:
- Guru meminta murid menyimpan peralatan yang digunakan .
- Murid memberikan ruang kelas dan pusat pembelajaran.
- Guru menyampaikan pesanan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya .
- Guru member hasil kerja , memo , resit atau surat .
- Murid membuat barisan , membaca doa dan mengucapkan selamat pulang pada guru dan pembantu .
- Pembantu Pengurusan Murid atau guru hendaklah menghantar murid sehingga di jemput ibu bapa/ penjaga .

1 comment:

  1. Sehari di sekolah memang baik.terutama kepada guru baru. Terima kasih ya..

    ReplyDelete