About Me

My photo
No Matrik UPSI: D20102042539, No IC: 681005-10-5132

Lagu


Sunday 4 December 2011

Kepentingan Bermain Di Pra-Sekolah

MAIN DALAM KURIKULUM

Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilksanakan berdasarkan kurikulum yang diguna pakai.Dalam konteks prasekolah di Malaysia,khususnya dalam perspektif kurikulum, main atau bermain  itu bukanlah bermain yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:
a.    Main yang terancang
b.    Main yang berstruktur
c.    Main yang fleksibel
d.    Memenuhi keperluan kognitif, psikomotot dan efektif.
Aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah dalam membantu perkembangan kanak-kanak  tidak bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan  adalah bahan main samada bahan jenis menumpu atau bercapah. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:
a.    Menggalakkan imaginasi
b.    Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
c.    Menggalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama dan hubungan sosiial.
d.    Membina keyakinan diri
e.    Berorientasikan proses bukan hasil.
Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi . Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

KEPENTINGAN MAIN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Banyak kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi,  berlakon , bercerita dan lain lain contoh yang boleh dikatogerikan sebagai bermain.
Drama yang digunapakai di prasekolh boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan pengalaman kepada mereka jawapan yang betul atau salah seperti kata Mc Caslin (2000).  Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kretif mereka.

Berikut merupakan pentingnya bermain berdasarkan perkembangan yang tertentu.

a.    Pekembangan fizikal

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang brhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan genbira sewaktu aktif menggunakan bahagian bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, yakin dan boleh berdikari. Dalam masyarakat dimana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikp bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. (Berk, 1995:Fromberg,2002:Holms & Geiger, 2002).

b.    Perkembangan Sosial dan Emosi

Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak.Sebagi contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-msing. Kajian (Rubin & Howe 1986: Creasey, Jarvis,& Berk, 1998) menunjukkan bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dapat memberikan kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain , mengawal emosi , belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

c.    Perkembangan kognitif

Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak(Kumar&Harizuka, 1998: Lieberman, 1977). Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiraan kesediaan dan sikap . Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel, dan Bruner ada kepentingannya dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan bermain, contohnya dalam perkembangan bahasa. Walaubagaimanapun jika bermain setakat digunakan untuk alat bermain dan bukannya alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Guru harus memainkan peranan yang penting dalam member panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment