About Me

My photo
No Matrik UPSI: D20102042539, No IC: 681005-10-5132

Lagu


Saturday, 3 December 2011

Permainan Tradisional


PERMAINAN

Permainan penting untuk kehidupan kanak-kanak kerana ia membantu perkembangan mereka. Melalui permainan kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri, dan menyelesaikan masalah. Disamping itu kanak-kanak dapat menumpukan pemerhatian , memupuk keyakinan diri , membentuk personality positif , menerap nilai-nilai murni serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam suasana yang mesra , selamat dan menggembirakan.
Permainan di prasekolah boled dijalankan di dalam dan  luar kelas.Permainan boleh dijalankan di pusat pembelajaran. Guru boleh menyediakan tempat bermain  tetap atau sementara mengikut tema-tema.Pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk merangsang murid bermain. Melalui permainan, hasil pembelajaran dalam komponen-komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu bahasa dan komunikasi , perkembangan kognitif , kerohanian dan moral, perkembangan sosioemosi, perkembanagn fizikal,  serta kreativiti dan estetika boleh dicapai.Aktiviti permainan boleh juga disepadukan  dalam pelbagai pendekatan dan pengajaran.
Diantara jenis-jenis permainan yang boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah:

  •        Permainan air
  •        Permainan pasir
  •        Permainan manipulatif
  •        Permainan pondok-pondok
  •        Permainan tradisional






PERMAINAN TRADISIONAL PENGENALAN

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang . Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggung jawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan.

TUJUAN
Antara tujuan diperkenalkan permainan tradisional ialah

  • Memberi keseronokan kepada murid
  • Memberi peluang untuk murid mengembangkan minda
  • Mengukuhkan perhubungan persahabatan
  • Membentuk fizikal yang mantap dari aspek motor kasar daan motor halus.
  • Menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional agar tidak pupus.

1.      PERMAINAN JAN-JAN JALA

Lirik lagu :



Jala-jala Itik

Jan-jan jala , jala , jala ayam,
Berapa lubang kancil ,
Seratus lima puluh ,
Panggil Cik Dayang singgah ,
Makan sirih mulutnya merah .

                        
Peraturan permainan


1 . Lantik 2 orang murid sebagai ketua . Guru akan memberi  lambang yang berbeza kepada ketua yang dipilih secara rahsia seperti ROS dan ORKID 
2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang .  Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .

Cara permainan
1.    
  1.      Murid-murid berjalan di bawah dan mengelilingi pintu gerbang sambil menyanyi lagu Jan-Jan Jala hingga tamat .
  2.      Ketua akan meminta murid yang terperangkap memilih lambang secara berbisik .
  3.       Sekiranya murid itu memilih bunga ROS dia hendaklah berdiri di belakang ketua kumpulan BUNGA ROS  atau sebaliknya . Permainan akan diteruskan sehingga setiap murid telah diperangkap dan telah memilih lambang masing-masing .
  4.      Permainan berubah corak dengan kedua-dua pasukan berbaris untuk beradu tenaga .
  5.      Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain . Pemain-pemain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pingang . Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melintasi garisan yang ditetapkan bersama-sama ahli lain (seperti pertandingan tarik tali )

















CONTOH PENGAJARAN: MARI BERMAIN KETENTENG
            Cadangan masa
            60 minit
      Tunjang Utama                       
      Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
      Standard Pembelajaran Utama
      PFK 2.1.17- Berketenteng dengan lakuan yang betul
      Standard pembelajaran lain yang  disepadukan
      KM 7.3.2 Bermain permainan tradisionl masyarakat pelbagai kaum Malaysia
      PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan
      BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah
      Objektif Pelajaran
      Pada akhir pengajaran , murid dapat bermain ketenteng dengan cara yang betul
      Kemahiran Utama                   
      Bermain ketenteng
      Kosa Kata
      Ketenteng, pundi kacang, maju
      Alatan dan bahan
      Pundi kacang

Langkah Pengajaran
1.      Guru mengarahkan murid-murid untuk mengangkat kaki sebelah dan membuat imbangan.
2.      Guru membimbing murid-murid yang tidak dapat membuat imbangan.
3.      Setiap murid berketenteng dalam jarak 5 meter secara bebas.
4.      Guru berbual dengan murid-murid tentang jenis-jenis permainan tradisional yang biasa dimainkan oleh rakyat Malaysia. Contoh: galah panjang,congkak dan batu seremban.
5.      Guru membuat penerangan tentang peraturan semasa bermain ketenteng.
6.      Seorang murid dipanggil untuk menunjukkan contoh permainan ketenteng dengan melompat menggunakan sebelah kaki.
7.      Murid bermain ketenteng secara berkumpulan
8.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka setelah melakukan permainan ketenteng
Murid mengangkat kaki sebelah dan membuat imbangan

Murid bermain keteng-teng secara berkumpulan


3.      CONGKAK
Bahan
Rumah congkak
Buah congkak seperti biji getah , guli , siput atau batu kecil

Peraturan

1 .  Bilangan pemain terdiri daripada 2 orang .
2 . Setiap rumah hendaklah diisi dengan bilangan yang sama jumlahnya .
3 . hendaklah bermula dari arah  kanan ke kiri .
4 . Setiap rumah , ibu sendiri dan rumah lawan  hendaklah diisi dengan sebiji buah
      sahaja .
5 . Pemain  yang mempunyai bilangan buah yang banyak dikira sebagai pemenang .
6 . Bagi pusingan yang kedua ,dan seterusnya , hanya buah yang terkumpul dalam ibu
     rumah sendiri akan dimasukkan ke dalam rumah sendiri .


Cara bermain

1.      Pemain duduk secara bertentangan .
2.      Permainan dimulakan dengan pemain mengambil buah dari mana-mana rumah secara serentak .
3.      Buah yang diambil hendaklah dimasukkan ke dalam ibu rumah sendiri dan rumah kawan .
4.      Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila berakhir di rumah yang kosong .
5.      Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri setelah selesai membuat satu pusingan , ambil isi rumah yang setentang dengan rumahnya dan dimasukkan ke dalam ibu rumahnya sendiri . Proses ini dinamakan ‘menembak/menikam’.


4.      DATUK HARIMAU
Bahan
Topeng
Tongkat

Cara bermain

1.      Guru menjemput seorang murid menjadi ‘Harimau’ (seberang haiwan buas yang makan manusia) .
2.      Murid – murid berdiri di belakang ‘Datuk Harimau’. Jarak antara mereka dengan ‘Datuk Harimau’ ialah 5 kaki (1.5 meter)
3.      Sambil murid-murid berjalan di belakang harimau, mereka berteriak “Pukul  berapa Datuk Harimau”.Datu Harimau akan menjawab . Contohnya “Pukul 1”  atau “Pukul 4”.
4.      Apabila Datuk Harimau menjawab,”Pukul 12”atau “Aku lapar”ia menoleh ke belakang dan cuba menangkap murid-murid . Murid-murid akan lari bertempiaran menyelamatkan diri.




Murid sedang bermain Datuk Harimau


5.BATU SEREMBAN
Bahan
Batu/pundi kacang bersaiz besar.
 kecil sebanyak 5 atau 7 biji
Cara Permainan
Peringkat 1
1.  Lima atau tujuh orang murid duduk dalam bulatan. Setiap orang murid mendapat satu pundi kacang bersaiz besar.
2. Murid melambung dan menyambut pundi kacang mengikut aras ketinggian (dari aras rendah ke tinggi).
3.  Murid diberi pundi kacang yang bersaiz kecil .
4.  Murid melambung sambil mengaup pundi kacang yang berada di lantai.
5. Latihan di atas dibuat berulang kali sehingga mahir sebelum memulakan permainan peringkat ke-2.

Peringkat 2
1.      Pemain dikehendaki duduk di atas lantai .
2.      Sebelum bermain , giliran pemain ditentukan dengan menimbang buah terlebih dahulu .
3.      Sesiapa yang dapat menimbang buah yang banyak akan bermain dahulu .
4.      Pemain menabur buah di atas lantai , kemudian mengutip semula mengilut urutan 1,2 dan 3 .
5.      Permainan di teruskan sehingga pemain melakukan kesilapan seperti buah terjatuh ketika dilambung atau tersentuh buah lain , selain buah yang perlu di ambil .
6.      Sekiranya kesilapan tersebut berlaku , maka giliran akan diberi kepada pemain yang seterusnya .
7.      Pemain yang berjaya mengutip buah paling banyak pada pusingan itu di kira sebagai pemenang .


Pemain ditentukan dengan menimbang buah terlebih dahulu


6.GULI              
 Bahan
Guli yang pelbagai warna .
Cara bermain
1.      Jumlah pemain tidak melebihi 5 orang dan kawasan permainan adalah tanah rata/lapang
2.      Untuk memulakan permainan , setiap pemain hendaklah ,meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk .
3.      Guli yang masuk ke dalam induk atau yang terhampir adalah di kira sebagai pemain yang pertama untuk memulakan permainan diikuti oleh guli-guli yang kedua hamper dan seterusnya .
4.      Pemain pertama akan menjentik gulinya kea rah semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar . Sekiranya jentikan tidak mengena , ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada . Begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan kea rah guli pemain lain .
5.      Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat dia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu . Pemain akan memastikan guli itu miliknya . Sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan . Ini memudahkan mereka mengawal permainan .
6.      Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya , pemain yang mengambil alih giliran di kehendaki memasukkan guli ke dalam luan induk terlebih dahulu sebelum menjentik guli lawan . Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk giliran untuk pemain lain diberikan .
7.      Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan di buat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran .
8.      Dua cara dendaann akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah .Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk dan semua pemain akan akan memangkah guli tersebut . Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali pada guli pemain yang kalah itu ,jauh dari kawasan bulatan .



7. SERAK LIDI
Bahan
Lidi berukuran 10 sentimeter panjang
Cara bermain
1.      Bermain mengikut giliran
2.      Jumlah pemain 3-5 orang
3.      Membuat undian untuk menentukan pemain yang akan memulakan permainan itu.
4.      Pemain pertama akan menggenggam lidi-lidi dan melepaskan genggaman secara pantas.
5.      Kemudian pemain akan memilih lidi induk untuk mencungkil keluar anak lidi.
6.      Jika ia berjaya, ia akan meneruskan permainan .Jika dia gagal, permainan tersebut akan ditamatkan. Pemain kedua akan melakukan seperti pemain pertama.
                                                               


PENUTUP
          Adalah diharapkan contoh-contoh permainan tradisional ini dapat membantu guru mengenalpasti dengan lebih jelas permainana-permainan yang sesuai untuk tahap perkembangan murid di prasekolah. Selain itu ianya juga berhasrat untuk menghidupkan semula permainan tradisional dan merealisasikan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menonjolkan dalam seni warisan dan budaya bangsa .
  Apabila permainan tradisional digunakan, matlamat kukrikulum prasekolah kebangsaan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek jasmani, emosi dan rohani akan tercapai . Aktiviti permainan bakal melahirkan insan yang holistic dan menghargai warisan budaya .
  Melalui contoh-contoh permainan yang diberi , murid akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan , kemahiran dan sikap bagi menyediakan murid ke dalam persekolahan formal .

















No comments:

Post a Comment